Apa yang aku takuti terjadi jua
Aku sedar, itu semua hanya bayangan. Apa yang aku takuti selama ini akhirnya terjadi juga. Sang Bulan tidak muncul, dan tidak akan muncul sampai bila-bila. Aku sedih teramat dan kecewa. Aku pasrah kerana hujan beserta awan gelap telah menyelubungi cahaya bulan. Pabila hujan berhenti, ku lihat bulan tiada juga. Angin, adakah kau mendengari ku, tolonglah angin kau bawa kesedihan aku pergi kemana-mana. Aku hanya mahu kegembiraan bersama bulan. Tetapi itu hanya angan-angan kosong belaka. Hanya tuhan yang tahu betapa gundahnya hati ku ini, aku pasrah pada ketentuan takdir. Aku terima segala apa dugaan. Hari berikutnya, sang bulan muncul dan menyapa ku dengan cahayanya. Aku hanya menoleh dengan perasaan hiba. Aku lihat sudah tiada tempat untuk ku padanya. Aku tersenyum. Aku terima segalanya suratan takdir ini. Maaf sang bulan, tempat mu bukan pada ku lagi. Mungkin kerana ada yang lain menyukai cahaya mu juga. Aku hanya menumpang cahaya mu sebentar. Terima kasih sang blan. Mungkin ada lebaran cahaya yang baru untukku, tetapi bukan mu sang bulan. Percayalah!
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment