Monday, November 16, 2009

Cerita Diri ku dan Sang Bulan (ii)

Gerak hati ku

Adakah benar ia sang bulan yang aku tunggu, tapi mengapa bulan itu seperti menjauhkan diri padaku. aku tahu ketika ini langit sentiasa mendung seperti mana mendungnya hati ku ini. Tetapi janganlah tinggalkan aku tergapai-gapai di dalam kegelapan di alam maya ini. Bawalah aku keluar dari alam buatan ini, jadikan suasana cerah ini di alam realiti. Oh bulan… sesekali ku pandang ke langit, bintang-bintang menari berkelipan ceria memandang kearah ku, betapa gembiranya kau di sana. Tetapi hatiku merintih keranamu sang bulan. Sudah beberapa kali aku melayang luahan rasa, tetapi kau sang bulan tidak mengerti bahasa ku tunjukkan ini. Dengan cara apa lagi…aku kebingungan bulan..tunjuk kan aku caranya bulan. Layak kah aku bulan untuk mendapat tempat pada mu bulan. Aku tidak boleh menggapai mu bulan, kerana kau sangat jauh dari ku… hanya cahaya mu dapat kurasai.. aku dapat melihat kau tersenyum padaku sang bulan pabila ku terlihat cahayamu di malam hari. Aku akan menunggu mu..

No comments:

Post a Comment